Sunday, September 9, 2012

SOIS anjur Majlis Makan Malam bersama bekas Graduan




Oleh Nur Ahmad Musaddiq Baharum


 Seramai 431 mahasiswa dan mahasiswi bersama graduan Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) dari School Of Islamic Studies (SOIS), telah dihimpunkan dalam Majlis Makan Malam bertempat di Wisma Belia Kuantan April lalu.
Majlis makan malam itu dianjurkan oleh para pelajar SOIS yang mengambil kursus Organizing Skills untuk mengendalikan dan mengatur satu program makan malam bersama alumni SOIS yang terdiri daripada graduan Diploma pengurusan Institusi Islam (DMI), Graduan Diploma kewangan Islam (DFI) serta graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengurusan Ekonomi dan Perbankan Islam (DEGSYA) dari tahun 2007 hingga 2008.
Pengarah Program SOIS Ustaz Rashimi Mohammed berkata, tujuan majlis ini diadakan adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mahasiswa dan mahasisiwi tentang pengendalikan sesuatu program serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara mahasiswa serta mahasiswi dengan bekas graduan sekolah berkenaan.
“ Usaha yang ditonjolkan oleh mahasiswa dan mahasiswi SOIS dalam menjejaki graduan SOIS yang telah tamat pengajian di IKIP, membantu mereka secara praktikal untuk mengasah kemahiran perhubungan awam.
“Selain itu, kita dapat melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dan berwibawa daripada aspek kemahiran seperti perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan untuk mencapai matlamat serta objektif sesebuah organisasi,” kata Rashimi Mohammed.
Antara aktiviti yang diadakan pada malam itu adalah seperti bacaan ayat suci Al-Quran, cabutan nombor bertuah dan Best Dress terbuka kepada mahasiswa, mahasiswi serta bekas graduan SOIS.
Disamping itu, Mohd Fariz Sazali, 21, salah seorang mahasiswa SOIS yang turut serta dalam majlis makan malam itu berpendapat, majlis seperti ini patut diteruskan di masa akan datang supaya mahasiswa dan mahasiswi lebih bersedia untuk mengatur cara sesuatu program yang akan dianjurkan.
Azimah Musa, 20, salah seorang mahasiswi SOIS berkata, majlis ini dapat memupuk nilai-nilai murni serta mencapai objektif di dalam merealisasikan pencapaian yang cemerlang dan juga ia mendapat inspirasi dari bekas-bekas pelajar yang hadir pada majlis tersebut.
Tambahnya lagi, program sebegini akan menjadi pemangkin pada kejayaan mahasiswa serta mahasiswi di dalam menjadikan mereka sebagai insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment