Sunday, September 9, 2012

IKIP anjurkan ceramah “ Umat Berwawasan ”





Oleh Nur Ahmad Musaddiq Baharum



 
 
Kecemerlangan sesebuah negara adalah bergantung kepada kualiti kehidupan rakyatnya yang berilmu dan mengamalkan cara hidup islam yang berwawasan serta berkemahiran tinggi dalam kehidupan ini.
Sempena bulan Ramadhan, Jabatan Sumber Manusia Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) telah menganjurkan ceramah mengenai “Umat Berwawasan” untuk wujudkan ukhwah antara warga kerja IKIP dari setiap jabatan serta memupuk budaya kerja berintegriti serta komited dalam bekerja.
Ceramah itu yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Zakat Negeri Pahang, Ustaz Amran Abdul Hamid itu adalah menitik beratkan tentang matlamat kehidupan serta beramal dengan tuntutan ilahi.
“ Manusia bermula dengan satu titik dalam hidup ini dan keimanan yang utuh mampu melahirkan sifat taqwa adalah merupakan ciri-ciri manusia berwawasan serta konsisten terhadap amalan islam” kata Ustaz Amran di awal penyampaiannya.
Tambahnya lagi, ciri-ciri untuk menjadi umat berwawasan adalah mendekatkan hubungan kita dengan Allah, tingkatkan segala amal ibadah, sentiasa mengingati balasan dari Allah swt dan aqidah yang murni dari penyelewengan.
“Manusia sering lupa untuk mempertingkatkan amal ibadah serta perlu memberi pengawasan pada diri supaya tidak lalai dan menjadi umat islam komprehensif dengan segala kesederhanaan dalam islam” katanya lagi.
Disamping itu, Encik Fadilah Ismail, Pengarah Program Sekolah Sains dan Teknologi (SOST) berpendapat, ceramah ini memberi galakkan kepada umat islam untuk terus maju dalam hidup dan perlu memahami apa yang Al-Quran telah nyatakan tanpa was-was serta tidak perlu dipertikaikan.
Tambahnya lagi, umat islam perlu ada sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain serta menghapuskan sikap syak wasangka sesama agama dan bangsa demi memelihara kesucian islam.
Wan Zarifah Hassan dari Jabatan Pengurusan Maklumat IKIP pula berpendapat, umat islam harus menetapkan matlamat dengan mempunyai ilmu, patuh dengan ajaran agama dan perlu melihat masa depan supaya umat islam sentiasa unggul serta berilmu.
Ceramah selama dua jam itu bertujuan supaya umat islam mengimbangi dunia dan akhirat serta membentuk sahsiah diri untuk meningkatkan prestasi dalam hidup. Ceramah itu juga telah melibatkan 60 orang warga kerja IKIP, ia turut menekankan pegertian puasa, zakat serta solat terawih.




 

No comments:

Post a Comment