Friday, January 21, 2011

Tarikh 11 Disember 2010

Apa yang ada dengan tanggal 11/12/2010... Tarikh ini adalah tarikh yang telah merubah hidupku dari seorang yang sempurna menjadi sesuatu yang tidak pernah aku inginkan dalam hidup ini.. Dulu bagi ku aku ingin mencapai impian dalam hidup ini.. tapi impian aku belum lagi terlaksana setelah peristiwa ini berlaku...
Pada petang itu aku dan rakan aku dalam perjalanan untuk pergi mencari perkerjaan..Tetapi sebelum sampai ke destinasi yang di inginkan aku dan rakan ku kemalangan. Kawan aku meninggal dan aku kehilangan kaki kanan aku.. tapi setelah aku fahami ini adalah takdir dan aku mampu menerima dengan sabar dugaan dari Allah SWT.. Dan mengajar aku bahawa kita hidup adalah pinjaman dari Allah SWT.. apapun aku mendoakan roh kawan aku di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman..Amin