Sunday, September 9, 2012

OKU, Orang Tua, Orang Miskin serta Ibu Tunggal terima sumbangan dari Business Accountancy Society dan Pelajar Principal Of Public Relation Kolej Antarabangsa IKIP



Oleh NUR AHMAD MUSADDIQ BAHARUM

 

Penerima Sumbangan bergambar bersama para pelajar IKIP
 

 Seramai 10 orang kurang upaya (OKU),orang tua, orang miskin dan ibu tunggal di Kampung Alor Batu, Kuantan telah menerima sumbangan daripada Business Accountancy Society dan Pelajar Principal Of Public Relation Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) baru-baru ini.

Program yang diberi nama “Jalinan Kasih Ramadhan” ini, adalah satu aktiviti kemasyarakatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim  antara para pelajar IKIP dengan golongan yang kurang berkemampuan.
Pengarah Projek Program Jalinan Kasih Ramadhan, Puan Che Ku Noor Azlina Che Ku Abdullah berkata, program ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggujawab di kalangan para pelajar bagi sama-sama membantu golongan yang kurang berkemampuan.
“ Saya amat gembira kerana kami dapat beramah mesra dengan penduduk kampung dan dapat melahirkan rasa kesederhaan para pelajar IKIP tentang golongan kurang berkemampuan itu ” katanya.
Disamping itu, seorang penerima, Zaiton Mohd, 35, merupakan seorang ibu tunggal berkata, sumbangan ini telah meringankan beban yang dihadapi olehnya dan memberikan kelegaan untuk menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak serta Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
“ Saya amat berterima kasih kepada pihak IKIP atas bantuan ini” katanya.
Warga Emas, Nan Fatimah Megat, 60, pula berkata tiada perkataan yang dapat digambarkan perasaan gembiranya apabila diberi peluang menerima sumbangan  dari pihak IKIP.
“ Syukur Alhamdulillah…(perasaan)..sangat suka..lebih banyak persiapaan dibuat sebelum raya tahun ini,” kata Nan Fatimah semasa ditemu bual.
Salah seorang pelajar yang terlibat dalam aktiviti itu, Norhazimah Mosnaam, 20, berpendapat,   program sebegini dapat melahirkan rasa insaf serta dapat berkongsi suka duka bersama mereka.
Tambahnya lagi, beliau berharap ramai pihak membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya mereka rasa tidak terpinggir serta bersemangat untuk menempuh hidup ini.
Muhammad Wafiq Ruslan, 20, juga berpendapat, berharap program seperti ini dapat dianjurkan lagi oleh pihak IKIP supaya para pelajar lebih menghargai golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan membuka minda para pelajar untuk terlibat dengan aktiviti seperti ini.
Sumbangan itu telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rosli Yusof, Ketua Kampung Alor Batu, Kuantan.