Oleh Nur Ahmad Musaddiq Baharum
Kuantan - Tidak mudah berputus
asa dan minat mendalam dengan muzik membuatkan kumpulan The Lip’z Art terus
berusaha sehingga berjaya, merupakan satu langkah positif bagi kumpulan ini.
The Lip’z Art adalah
kumpulan yang dianggotai oleh Hezam Zainal, Mohd Haznol Basri, Muhammad Hakim
Mahadi, Mohd Faizal Mohd Ariffin dan Mohd Andy Helmi Radzi dari Kolej
Antarabangsa IKIP (IKIP) di bawah program pengajian kerjasama Universiti
Teknologi Mara (UTM) dengan IKIP, telah
mendapat tempat kedua dalam pertandingan Battle
of The Band 14 Februari lalu.
Hezam Zainal, penyanyi
bagi kumpulan The Lip’z Art berkata, kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2009
dan mula bermain muzik di Studio Sinar Lagenda Entertaiment sebelum mengorak
langkah untuk pergi lebih jauh.
“ Kerana minat kami
dalam muzik sangat mendalam, kami teruskan walaupun terpaksa menghadapi
rintangan sebelum berjaya dan dikenali oleh para pelajar sekitar Kuantan serta
masyarakat disini.“ kata Hezam semasa ditemu bual.
Selain itu, kumpulan
ini juga telah banyak melibatkan diri dengan aktiviti anjuran Festival Muzik, Seni
dan Gaya (MASIF) 2011, Battle of The Band
2012, bermain muzik di kenduri kahwin dan Hotel di sekitar Pahang serta bermain
muzik semasa makan malam School Of Science Technology UTM program pengajian
kerjasama dengan IKIP.
Kumpulan ini mahu
mengharumkan nama IKIP sebagai kolej yang terunggul dan ingin meletakkan muzik
seiring dengan bidang sukan dan bidang pendidikan sebagai landasan untuk
berjaya dalam hidup mereka.
Di tanya apa
perancangan masa depan kumpulan ini, Hezam menjelaskan mereka ingin merakam
lagu single pertama menggunakan bilik studio mereka sendiri, ingin membuat
kemunculan lagi dalam MASIF 2012 dan turut serta bertanding dalam Battle Of The Band pada bulan September
ini.
Di samping itu, Mohd
Andy Helmi Radzi pemain gitar bass untuk kumpulan itu berharap pihak IKIP serta
para pelajar IKIP memberi sokongan kepada mereka supaya mereka dapat
merealisasikan impian mereka sebagai sebuah kumpulan yang berjaya.
Andy juga berpesan,
bermain muzik tidak menggangu pelajaran tapi yang penting bagi perhatian kepada
pelajaran supaya para pelajar yang tamat pengajian dari IKIP bakal menjadi
graduan yang berkualiti dan inovatif.
“ Jika para pelajar
IKIP ada yang berbakat dalam bidang muzik, teruskan usaha itu sementara ada
peluang kerana peluang hanya datang sekali, “ katanya.
No comments:
Post a Comment