Oleh NUR AHMAD MUSADDIQ BAHARUM
Datuk
Seri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan sedang berucap semasa Majlis Penyampaian
Sumbangan Zakat
Seramai 41 pelajar
Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA) Kolej Antarabangsa
IKIP (IKIP), telah diraikan dalam majlis penyampaian sumbangan zakat oleh
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Pahang (MUIP) sempena bulan Ramadhan ini.
Timbalan Yang Dipertua MUIP,
Datuk Seri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan berkata, program ini telah dirangka
dan dirancang oleh MUIP bagi pembangunan saudara baru di negeri Pahang serta
diberikan pendedahan ilmu agama kepada mereka.
“ Lapan golongan asnaf berhak
menerima zakat termasuk saudara baru, jadi kita wajib membantu mereka supaya
mereka dapat meningkatkan amal ibadat pada bulan Ramadhan ini serta meringankan
beban hidup mereka,”
“Program ini telah
bermula sejak tahun 1998 dan mendapat sokongan padu daripada MUIP serta Jabatan
Agama Islam Pahang (JAIP), ia merupakan satu perhargaan untuk IKIP kerana
membela nasib orang Asli yang baru memeluk agama Islam, ” katanya semasa
berucap di pejabat PETAMA.
Sementara itu, Ketua
Program PETAMA, Ustaz Radzi Musa pula berkata, beliau berterima kasih kepada
MUIP kerana banyak membantu PETAMA dari segi kewangan serta sokongan dari awal
penubuhan sehingga sekarang.
“ Program seperti ini
telah memberi peluang kepada masyarakat orang Asli yang baru memeluk agama
Islam dapat mengubah cara hidup mereka supaya berpegang teguh kepada ajaran
Islam” katanya.
Beliau berharap pada
masa akan datang lebih banyak badan-badan amal yang tampil membantu golongan
saudara baru kerana mereka memerlukan bimbingan serta pembakar semangat untuk
menjadikan mereka lebih dihargai untuk menjadi umat islam yang sejati.
Salah seorang penerima
zakat, Mohd Azmi Azman berpendapat, bantuan daripada MUIP serta sokongan IKIP
telah membantu beliau untuk terus mendalami Islam dan meringankan beban
hidupnya khususnya untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal tiba.
“ Walaupun saya sudah
memeluk Islam lebih tiga tahun, tapi ini adalah kali pertama saya menerima
sumbangan zakat daripada MUIP. Ia benar-benar menbuat saya terharu,” katanya
semasa ditemu bual.
Rawdzah Abdul Ghani, juga
salah seorang penerima zakat berkata, beliau tertarik dengan Islam selepas
melihat abang serta kakaknya mendalami Islam terlebih dahulu.
“ Pada mulanya banyak
rintangan saya hadapi sebelum memeluk Islam, tapi akhirnya saya berjaya juga
mendalami agama Islam ini” katanya.
Sumbangan telah disampaikan
oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan.
No comments:
Post a Comment