Oleh Nur Ahmad Musaddiq Baharum
Seramai 431 mahasiswa dan mahasiswi bersama graduan Kolej Antarabangsa IKIP
(IKIP) dari School Of Islamic Studies
(SOIS), telah dihimpunkan dalam Majlis Makan Malam bertempat di Wisma Belia
Kuantan April lalu.
Majlis makan malam itu dianjurkan oleh para pelajar
SOIS yang mengambil kursus Organizing
Skills untuk mengendalikan dan mengatur satu program makan malam bersama
alumni SOIS yang terdiri daripada graduan Diploma pengurusan Institusi Islam
(DMI), Graduan Diploma kewangan Islam (DFI) serta graduan Ijazah Sarjana Muda
Syariah Pengurusan Ekonomi dan Perbankan Islam (DEGSYA) dari tahun 2007 hingga
2008.
Pengarah Program SOIS Ustaz Rashimi Mohammed
berkata, tujuan majlis ini diadakan adalah memberi pendedahan dan pengetahuan
kepada mahasiswa dan mahasisiwi tentang pengendalikan sesuatu program serta mengeratkan
hubungan silaturahim di antara mahasiswa serta mahasiswi dengan bekas graduan
sekolah berkenaan.
“ Usaha yang ditonjolkan oleh mahasiswa dan
mahasiswi SOIS dalam menjejaki graduan SOIS yang telah tamat pengajian di IKIP,
membantu mereka secara praktikal untuk mengasah kemahiran perhubungan awam.
“Selain itu, kita dapat melahirkan graduan-graduan
yang berkualiti dan berwibawa daripada aspek kemahiran seperti perancangan,
penyusunan, kepimpinan dan pengawalan untuk mencapai matlamat serta objektif
sesebuah organisasi,” kata Rashimi Mohammed.
Antara aktiviti yang diadakan pada malam itu adalah
seperti bacaan ayat suci Al-Quran, cabutan nombor bertuah dan Best Dress terbuka kepada mahasiswa,
mahasiswi serta bekas graduan SOIS.
Disamping itu, Mohd Fariz Sazali, 21, salah seorang
mahasiswa SOIS yang turut serta dalam majlis makan malam itu berpendapat,
majlis seperti ini patut diteruskan di masa akan datang supaya mahasiswa dan mahasiswi
lebih bersedia untuk mengatur cara sesuatu program yang akan dianjurkan.
Azimah Musa, 20, salah seorang mahasiswi SOIS
berkata, majlis ini dapat memupuk nilai-nilai murni serta mencapai objektif di
dalam merealisasikan pencapaian yang cemerlang dan juga ia mendapat inspirasi
dari bekas-bekas pelajar yang hadir pada majlis tersebut.
Tambahnya lagi, program sebegini akan menjadi
pemangkin pada kejayaan mahasiswa serta mahasiswi di dalam menjadikan mereka
sebagai insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment