OLEH
NUR AHMAD MUSADDIQ BAHARUM
Institusi pengajian
tinggi (IPT) memainkan peranan penting dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya
saing tinggi dan mempunyai ciri ideal sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti
serta mementingkan asas-asas agama berlandaskan
syariat Islam.
Selain itu juga, mahasiswa merupakan aset
penting sesebuah negara. Mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang seharusnya
mempunyai keseimbangan dalam bidang akademik, rohani serta jasmani.
Persatuan Pelajar Diploma Islam (PPDI), Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP)
telah menganjurkan program Semurni Rahmat Ilahi yang telah berlangsung
baru-baru ini di Dewan Besar IKIP Taman Pertanian.
Penasihat PPDI, Ustaz Muin Othman berkata, program Semurni Rahmat Ilahi bertujuan
untuk memupuk akhlak yang mulia dalam kalangan mahasiswa serta merapatkan
ukhwah antara mahasiswa dan mahasiswi dengan para pensyarah mereka.
Tambahnya lagi, program sebegini dapat membina jati diri
mahasiswa dengan pengisian ilmu agama dan menghadirkan rasa keinsafan dalam
diri mahasiswa supaya mereka lebih bertanggujawab untuk menjadi insan yang
berguna pada agama, negara serta bangsa.
“Sempena bulan yang mulia ini, saya harap mahasiswa dan
mahasiswi dapat menjulang akhlak mulia dan membentuk keperibadian yang tinggi
supaya martabat Islam sentiasa terpelihara” kata Ustaz Muin semasa ditemuramah.
Antara aktiviti yang telah diadakan dalam program itu
adalah berbuka puasa beramai-ramai, solat berjemaah, kuliah maghrib dan zikir
munajat sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.
Asnor Yazalina Yaacob, salah seorang mahasiswi yang
menyertai program itu berpendapat, program seperti ini sangat berguna kerana
dapat melahirkan rasa kesederhanaan dalam diri
mahasiswa dan mahasiswi.
“Bagi saya, pengalaman berbuka puasa bersama dapat
berkongsi rasa kasih sayang antara kami dengan para pensyarah merupakan satu
pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.
Fadzlurrahman Zainuddin, juga berpendapat, program ini
telah menjadikan dirinya lebih mengingati pada golongan yang kurang
berkemampuan dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa
akan datang.
Mahasiswa PPDI melakukan solat berjemaah bersama
No comments:
Post a Comment