Oleh
Nur Ahmad Musaddiq Baharum
Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) diumum antara 20
kolej swasta yang mendapat penarafan 5 bintang oleh Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia melalui Sistem Pengurusan Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta
(MyQuest) bagi tahun 2010/2011.
Sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi itu, adalah sistem yang bertujuan untuk menilai pencapaian kolej swasta
di Malaysia yang menghasilkan tiga laporan yang berdasarkan College Based, Cluster Based dan International
Student Readiness.
Timbalan Naib Presiden Akademik IKIP, Encik Airul Amri
Amran berkata, dengan penarafan 5 bintang ini, ia dapat membuka mata masyarakat
akan kewujudan IKIP sebagai pesaing dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) di Malaysia.
“Dengan mendapat penarafan lima bintang oleh
MYQUEST, ini membuktikan bahawa IKIP mempunyai sumber yang berkualiti dari segi
pensyarah yang berkelayakan mengikut bidang serta kemudahan yang telah
disediakan.
“IKIP sedang
menambah baik perbincangan pelan strategik, pengiktirafan Total Quality Management (TQM) melalui Total Quality Fast Track Model (TQFTM) serta pemantapan bahagian
akademik dalam usaha mencapai penarafan enam bintang pula,” katanya semasa
ditemubual.
Ini menunjukkan IKIP ditahap yang terbaik dalam
memenuhi aspirasi negara serta mampu menyediakan pengajaran dan pembelajaran
yang sempurna supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti secara
berterusan.
Selain itu, ia turut menggambarkan bahawa IKIP mempunyai
kekuatan daya saing yang tinggi, serta berkualiti bukan setakat kepada
program-program yang ditawarkannya malah dari segi pengurusan keseluruhannya.
Penilaian
yang telah dijalankan itu, merupakan bukti kesungguhan kerajaan untuk melonjak
pendidikan ke tahap yang lebih tinggi dan mampu berdaya saing supaya pendidikan
di Malaysia tidak ketinggalan dengan pendidikan di negara lain.
Usaha yang cuba ditonjolkan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi itu mampu menghasilkan IPTS yang benar-benar berkualiti, menggalas cita-cita
negara untuk melahirkan modul insan yang unggul serta menguasai nilai dan
berkemahiran tinggi.
Ini juga sebagai landasan untuk memastikan program Kementerian
Pengajian Tinggi itu dapat dilaksanakan secara teratur dan sistematik ke arah
pencapaian matlamat untuk memastikan visi pengajian tinggi dapat dicapai secara
berterusan.
Langkah ini bertujuan bagi memastikan IPTS yang
terdapat di Malaysia memperbaiki mutu perkhidmatan serta meningkatkan kualiti
pengajian tinggi menjelang tahun 2013 supaya memenuhi semua piawaian dan
peraturan yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment