Monday, November 19, 2012

Gadis Idaman Kalbu telah pun Ku Temui....

Ok aku tak perlu cakap banyak..aku dah berjaya temui gadis yang memang aku nantikan dari dulu lagi..


Ini adalah NURUL HIDAYAH BACHOK yang telah mencuri hatiku..

5 SEBAB UTAMA AKU TERTAWAN DENGANNYA...

1- Ambil Berat...
Dia simple sahaja tetapi aku memang respect kerana dia ambil berat bukan sahaja kepada aku tetapi kepada mak saudara dan ayah saudara aku walaupun baru sahaja dia kenal dengan kerabat keluarga aku ini..hehe

2- Manja..
.Maklum la anak bongsu memang la kuat bermanja..aku suka layan karenah dia ini..dia memang sangat manja..tapi sekali hati dia dia terguris sampai mati dia akan ingat..aku cuba menjaga hati dia supaya dia tak akan terluka.." saya cuba taw awak"..huhuhu

3- Sentiasa ada untuk aku..
Maksud aku dia bukan selalu ada time aku ke toilet ok..!! Maksud aku dia selalu menemani aku..Nak mudah dia ada bila aku down dan bila aku rasa happy pon dia tetap ada disamping aku..kiranya dia akan coolkan aku kalau aku tengah marah ini..aku memang tabik spring sebab sentiasa bersabar dengan sikap aku..caya lu Nurul Hidayah... :)

4- Tenang...
Seorang yang tenang tetapi kuat berahsia..dia memang tabah walaupun banyak masalah yang dia harungi..aku cuba untuk membantu tetapi kebanyakannya dia tolak mentah-mentah..aku memang respect dia tentang hal ni..walaupun aku tak suka dengan cara dia ini..hihi

5- Akhlaknya dan Agama.. 
Dia memang suka bawa aku ke arah kebaikan..selalu menasihati aku supaya selalu berdoa dan terima takdir hidup aku dengan redha bukan sahaja di mulut, tetapi di dalam hati..aku tahu aku masih belum layak untuk menjadi seorang suami.sebab aku masih kurang menitik beratkan hal agama.. tapi aku dah janji dengan diri aku sendiri untuk berubah dari semasa ke semasa..bukan kerana dia tetapi kewajiban kita sebagai orang islam..betul kan awak..??

                        Ini adalah antara sebab kenapa aku tertawan dengan dia..sekarang tabiat aku juga berubah..dulu aku selalu lepak dengan kawan-kawan main snuker, layan bola dan banyak lagi..tetapi semenjak aku kenal dia aku banyak menghabiskan masa dengan dia..aku tak tahu la kenapa aku berubah begitu mendadak..tapi ini lah dipanggil CINTA..haha..

                        Memanglah cinta tapi aku belajar sesuatu dari dia selain cinta.. Iaitu ketabahan dan cuba menerima kekurangan..dia boleh terima kekurangan aku, kenapa aku tak boleh menerima kekurangan orang lain pula.?? so sentiasa berfikiran positif adalah jalan terbaik..lagi satu "bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah" itu adalah tagline hidup dia..kalau kita berusaha seperti ayat dia itu.aku rasa aku mampu buat sesuatu itu menjadi senang..Saya sangat bangga dengan awak Nurul Hidayah..Bertuah rasa dapat awek seperti awak..

                         Tapi kini aku dah buat sesuatu yang membuatkan dia bersedih hati..aku tahu ramai lelaki yang lebih baik dari aku mahukan dia..tetapi kenapa dia pilih aku..??Jawapan ada pada dia..awak kalau awak baca apa yang saya tulis ini, saya minta maaf dengan awak..saya tahu awak dah banyak korbankan masa awak dan perhatian untuk saya..saya hargai sangat..saya akan cuba kawal panas baran saya, jaga tingkah laku saya, jaga baby boy dan baby girl dengan elok(Kereta ok bukan anak jangan salah faham), saya tak akan jadi yang terbaik untuk awak tetapi saya nak jadi yang ikhlas untuk awak.. awak adalah nyawa keempat saya selepas ibu bapa dan saudara mara saya..

Saya janji saya akan jaga awak, saya akan berusaha untuk jadi suami kepada awak yang cukup ilmu agamanya dan yang paling saya nak awak tahu Saya memang Ikhlas cintakan awak...LOve you Nurul Hidayah...Good Night
 

1 comment: