Monday, December 31, 2012

Kenangan Terindah Bersamamu

                  Entahlah sebenarnya aku tak tahu dah nak tulis apa-apa..Sebab aku tak tahu sama ada engkau baca atau tidak apa yang aku tulis ini..Lagipon apa yang aku tulis bukan untuk memujuk kau lagi..aku cuma luahkan apa yang dipanggil "kenangan terindah bersama kau.." Aku cuma ingin menjawab kemaafan yang kau tulis panjang-panjang di Facebook tu je.

Inilah engkau yang patot tahu dari kemaafan yang kau mintak itu..aku tahu kau dah tak kisah pon sebenarnya tentang ni..

1-Terima Kasih atas kejujuran yang engkau cakapkan itu..Aku memang marah tentang hal lampau kau..sebab engkau tak jujur dengan aku pada mulanya..aku dah maafkan engkau pon tentang hal itu..
2- Maafkan aku kerana cemburu buta dengan sepupu kau..aku memang tak patot marah dan tak patot terlalu cemburu tapi aku bodoh kerana cinta aku menyebabkan aku tak puas hati tentang tu.
3- Maafkan aku korbankan masa rehat aku untuk selalu bersama kau dan hantar kau untuk ke kelas or ke asrama sebelum kau ada kereta sendiri..Aku korbankan semuanya demi cinta aku pada kau dan aku tak pernah terdetik dalam hati kecik aku untuk cakap kau menyusahkan aku langsung..kau seorang sahaja yang rasa camtu kot..aku ikhlas lakukan semuanya tu..
4- Maafkan aku selalu push kau walaupun kau tak suka..aku sedar aku sebenarnya memahami apa yang kau mahu..cuma aku tak mahu aku terlalu ikutkan rentak kau..itu sahaja..
5- Maafkan aku selalu memarahi kau dan memaki bila aku dah start marah...aku panas baran dan aku tak pandai untuk kawal kemarahan aku..Aku minta maaf walaupun apa yang aku tulis ni dah tak bererti untuk kau lagi.
6-Terima kasih kerana jaga baby boy dengan elok walaupun bumper belakang dia jatuh sebabkan kau reverse terlanggar tunggul kayu..aku memang tak marah..sebab antara baby boy dan kau, aku lebih sayangkan kau la..aku pon dah maafkan kau tentang hal tu..
7- Aku suka dengar dan pandang apa yang kau cakapkan bila kau sebut "syed", "cake" dan "ambil"..lucu taw..tapi aku tetap suka dan aku merinduinya selalu..
8-Terima kasih sebab kau celebrate hari jadi aku dan kau adalah orang yg terakhir wish hari jadi aku..aku terharu dengan apa yang kau buat..cuma aku tak nak tunjuk pada kau..sebab tu aku kata kau berpakat dengan mak saudara aku..terima kasih sekali lagi..aku benar-benar terharu..
9-Maafkan aku sebab sering melukakan hati kau..aku bukan tak faham tapi aku sengaja cari pasal dengan kau supaya kau belajar bersabar dengan karenah aku..tapi ternyata langkah aku yang silap..makin lama kau terluka dengan aku dan akhirnya kau tak mampu lagi bersabar..
10- Maafkan aku selalu campur tangan dalam hal family kau..sebab aku dah anggap kau seperti Isteriku aku yang official...
11- Terima Kasih kerana mengingatkan aku tentang agama dan bcerita mengenai agama padaku..
12-Terima kasih kerana pernah muncul dalam hidup aku dan memberi aku sinar kebahagian untuk lebih bersemangat untuk berjaya dalam hidup...
13- Terima kasih kerana ambil berat mengenai keluarga aku..
14- Maafkan aku yang sering berdosa dengan kau..aku tak layak untuk kau..aku belum bersedia untuk menjadi khalifah dalam hubungan serta keluarga..
15- Terima kasih kerana pernah mencintai dan menyayangi aku sepenuh hati kau..aku berjaya mencuri hati kau dan akhirnya aku juga yang membuatkan hati kau terluka juga.maafkan aku diatas semuanya...

Nurul Hidayah Bachok...Andai kata kau sudah temui pengganti dalam waktu terdekat ini atau di masa akan datang aku harap dia mampu menjaga hati kau selalu, menjadi khalifah dalam memimpin kau supaya bersama-sama menuju kebahagian yang abadi, tidak pernah jemu melayan karenah kau, mencintai Allah swt lebih dari kau, sanggup berkorban dari masa,wang serta diri untuk kau..itulah yang aku harapkan dari lelaki yang kau akan pilih nanti..Aminn...

Jikalau kau membaca tentang ni aku dah pon undurkan diri sebab aku tak mahu lagi push kau dan paksa kau bersama aku..Memang cinta aku pada kau tak akan pernah padam dan aku lepaskan kau kerana sayang...aku nak kau gembira dengan hidup kau..aku ucapkan good luck untuk exam kau..semoga tamat pengajian dengan cepat dan capai impian kau dengan jayanya..

Andai kata kau adalah jodoh aku aku tak akan tolak..sebab yang menentukan jodoh,maut dan rezeki ni hanya Allah SWT ..sekali lagi aku nak bagitahu aku bukan nak pujuk kau tentang ni..aku redha dengan apa yang berlaku dan aku bukanlah lelaki yang terbaik dalam sejarah hidup kau..salam sayang dariku...Assalammulaikum

No comments:

Post a Comment